Sunday, January 4, 2009

Israel terus mengganas


GAZA: Kompleks keselamatan utama Hamas musnah dibom jet Israel semalam, selepas tentera Yahudi itu membunuh lebih 280 penduduk di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam pertama serangan mereka.


Serangan itu adalah lanjutan gerakan ketenteraan paling berdarah sepanjang tempoh 60 tahun konflik Palestin.

Kebanyakan yang terbunuh adalah anggota keselamatan Hamas.

Kejadian itu turut membuka kemungkinan Israel akan memulakan gerakan ketenteraan bagi menakluk wilayah ditadbir kumpulan pejuang Islam berkenaan.



Menjelaskan kekejaman itu, pemimpin Israel berkata mereka bertindak hasil serangan roket Hamas di selatan negara itu.

petikan dari HARIAN METRO 4 Januari 2009

No comments:

Post a Comment